Selasa, 25 Februari 2014

Mahar

1. Definisi Mahar

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada istri di antaranya adalah firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan (istri) akan mas kawin mereka itu sebagai  pemberian (yang  wajib). Kemudian  jika  mereka  menyerahkan  kepada  kamu sebagian dari mas kawinnnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lezat “


Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:

“Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu) maka berikanlah mereka maharnya sebagai satu ketetepan yang difardhu (diwajibkan oleh Allah Taala)”

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap istri. Selain itu juga mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami  hidup bersama istri serta  sanggup berkorban demi  kesejahteraan rumah  tangga  dan  keluarga. Ia  juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap istri.

Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan yang akan menikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil ( yang sepadan). Ini berdasarkan satu kisah yang terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah menikah tanpa disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama dengannya (melakukan persetubuhan) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya perempuan tersebut diberikan mahar misil yang sepadan untuknya.

2. Pemberian Mahar

Memberi  mahar  kepada  isteri  hukumnya  wajib.  Menurut  Abu  Hanifah,  isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e pula  diwajibkan mahar  bukan  disebabkan akad  nikah  yang  sah  saja  tetapi  juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid (tidak sah), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.

3. Kadar Mahar

Islam tidak menetapkan kadar yang paling maksimal dan minimal dalam menentukan mahar bagi seorang wanita. Mahar bergantung kepada uruf iaitu keadaan situasi dan kondisi masyarakat setempat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah yaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :

perempuan yang berkah perkawinannya ialah yang mudah (rendah) tentang perbelanjaan (mahar).
( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )

Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteri
berdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :

“ Kamu  telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak “



4. Jenis Mahar

a. Mahar Musamma

Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkawinan masyarakat kita pada hari ini. Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami apabila terjadi salah satu dari pada perkara-perkara berikut :

1) Berlakunya persetubuhan di antara suami istri.

2) Kematian salah seorang di antara mereka (suami atau istri).


b.   Mahar Misil (mahar yang sepadan)

Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah. Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan ) dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya. Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang
setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga, terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.

Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam menentukan mahar misil yaitu dari sudut kecantikan, kekayaan, keadaan setempat, keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeda dengan berbedanya sifat-sifatnya di atas.

5.  Mendapat Separuh Mahar Atau Tidak Berhak Mendapat Langsung

apabila berlakunya suatu akad nikah yang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada istri berupa
mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak istri.apa saja keadaan yang menyebabkan istri hanya berhak mendapat separuh saja dari mahar atau tidak mendapat apa-apa
mahar langsung daripada suami iaitu  :-

a) Isteri hanya mendapat separuh saja daripada mahar apabila berlakunya perceraian sebelum persetubuhan. Ini berdasarkan kepada firman Allah
Taala dalam surah al-Baqarah ayat 237 :

“Dan jikalau kamu menceraikan mereka itu ( isteri-isteri ) sebelum kamu menyetubuhi 
mereka padahal kamu telah menetapkan mahar kepada mereka, maka diwajibkan ( bayarannya )
separuh daripada yang kamu tetapkan kecuali jika mereka sendiri memaafkan atau orang yang
mempunyai kuasa perwalian memaafkannya “ 
     
Ayat di atas menyatakan bahawa sekiranya mahar istri telah disebutkan ketika
akad nikah dan berlakunya penceraian sebelum persetubuhan, maka suami hanya wajib
membayar separuh saja dari mahar tersebut. Tetapi sekiranya mahar tidak
disebut ketika akad nikah, suami wajib membayar mahar misil kepada isteri.

Menurut pendapat Imam Syafi’i dan Imam Malik sekiranya berlaku perceraian
sebelum persetubuhan, suami hanya wajib membayar separuh saja mahar kepada
istri dari mahar tersebut ketika disebut sewaktu akad nikah atau sebaliknya.

b) Istri tidak berhak langsung untuk mendapat  pemberian mahar daripada suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh (dari pihak istri) sebelum terjadi persetubuhan.

6. Kesimpulan

Mahar adalah hak istri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas
tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab
suami atas kesejahteraan rumah tangga. Mahar bertujuan untuk menggembirakan dan
menyenangkan hati istri agar istri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani
kehidupan bersama suami.

Mahar adalah menjadi hak milik istri Sekiranya tidak disebut sekalipun

Para mujtahidin telah sepakat mengatakan bahawa tidak kadar dan had yang
tertentu dalam meletakkan kadar mahar yang paling maksimal.
Terdapat satu peristiwa yang berlaku yang berlaku di zaman Umar al Khattab (r.a) di mana beliau melarang orang ramai dari meninggikan kadar mahar yaitu tidak boleh lebih daripada empat dirham.
katanya,“Janganlah kamu meninggikan mahar perempuan kerana jikalau dia dimuliakan di dunia, atau mau bertaqwa kepada Allah, maka yang ia lebih utama" Rasulullah yang juga tidak menetapkan mahar kepada istrinya maupun bagi putri-putrinya melebihi dua belas auqiah.

Artikel Terkait

0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes